Engkau Terlalu Cinta Dengan Diri Sendiri


Engkau terlalu cinta dengan diri engkau sendiri

Maka engkau pun mementingkan diri

Engkau dahulukan kehendak-kehendak engkau daripada kehendak-kehendak Tuhan

Hak-hak Tuhan engkau kemudiankan, hak-hak engkau, engkau dahulukan

Bahkan adakalanya kerana mempertahankan hak engkau, hak Tuhan terus diabaikan

Sebenarnya engkau lupa, engkau mementingkan diri engkau

hakikatnya engkau tidak cinta dengan diri engkau

Engkau membelakangkan hak Tuhan, ertinya engkau mengabaikan hak engkau sendiri

Padahal hak-hak yang engkau pertahankan kalaupun engkau memperolehinya

Dia bukan boleh buat apa-apa kepada engkau

Ia tidak akan boleh menghalang engkau daripada sakit

Juga ia tidak boleh membendung engkau daripada berbagai-bagai bala bencana

dan kesusahan

Kalaupun engkau boleh menghasilkan, tapi tidak dapat mempertahankan engkau

Tapi kalau engkau miliki Tuhan, engkau memiliki segala-galanya

Tuhan boleh melakukan apa sahaja kepada diri engkau

Dia boleh menyenangkan engkau dengan tujuan engkau bersyukur

kemudian engkau dapat pahala syukur

Kalau dia susahkan engkau, agar engkau sabar, supaya engkau dapat pahala sabar

Jadi kalau engkau mendahulukan hak Tuhan

Semuanya adalah kebaikan kepada engkau, kalau engkau faham

Yang penting Allah hendak menyelamatkan engkau di Akhirat sana

Akhirat negara yang kekal abadi

Allah Taala mahu engkau bahagia di sana

Kerana itulah kalau engkau mendahulukan hak Tuhan

ertinya engkau sayang pada diri engkau sendiri

Jika engkau mendahulukan hak engkau, tanpa engkau sedar,

engkau merugikan diri engkau sendiri

Oleh itu utamakanlah hak Tuhan, untuk kepentingan engkau

Janganlah utamakan diri engkau

Cara itu engkau akan merugikan diri engkau sendiri

oleh : Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi